Friday

✿Mencari Bahagia - Apakah Pada Sekufu?..✿ sekadar pengaetahuan utk aku,dia & kamu..

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis dan keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat.

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. Begitu juga lelaki. Adalah haram bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdua-duaan kerana ia boleh mendatangkan dosa dan fitnah.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud, "Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)

Melalui ikatan perkahwinan, membolehkan lelaki dan wanita itu bermesra-mesraan. Begitulah berkatnya mereka yang berkahwin. Namun, bagi yang tidak berkemampuan Rasululullah SAW dalam suatu riwayatnya telah bersabda yang bermaksud,

"Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mencari Sekufu Itu Penting?

Dalam melewati alam perkahwinan, isu sekufu antara menjadi topik perbualan dan kadang kala boleh menjadi batu penghalang kepada kelangsungan sebuah kebahagiaan yang diidamkan.

Apabila perkara ini diperbesar-besarkan ia menjadi batu penghalang kepada sesuatu pasangan. Apakah wajar sebuah nikmat bahagia melalui dunia perkahwinan dibatalkan hanya semata-mata tidak sekufu. Apakah mereka yang membicarakan isu sekufu itu, tahu apa pengertian sekufu yang sebenar dan dari sudut mana sekufu itu dinilai. Ada yang hanya mengambil kira sekufu dari sudut kedudukan, rupa paras, kekayaan, dan juga keturunan.

Justeru, sebelum pergi lebih jauh kita harus faham apa itu sekufu. Kufu adalah bahasa Arab, ertinya setaraf. Memang benar dalam perkahwinan ada menitikberatkan mengenai sekufu, seandainya tidak sekufu si anak boleh membantah akan perkahwinan yang cuba dilangsungkan itu. Disebabkan itulah Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang tidak sekufu.

Namun begitu, pengertian dan maksud sekufu ini sangat luas dan ia tidak hanya tertumpu pada keturunan sahaja. Disebabkan salah tafsiran itu mereka yang mempunyai kedudukan menolak sesebuah perkahwinan itu hanya kerana tidak sekufu dari segi darjat dan keturunan.

Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.

Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.

Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."

~~m a w a r h u t a n~~

Thursday

✿k u a s a c | n t a ✿

Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta..
Bukan ciptaan manusia, tp Takdir yg kuasa
jgnlah engkau mungkiri,segala yg Tuhan beri..

~~m a w a r h u t a n ~~

✿ d u n | a B a R u k U ✿


Assalamualaikum w.b.t
Selamaaattt Pagii...Cikkgguuu!!!!!
hihi...dunia baru ku telah bermula..betul ke semua ni...aku rasa mcm x percaya plk,ada org panggil aku cikgu tp itulah hakikat yg sebenarnya yg aku akn tempuhinya sampai april nati..Aku sentiasa berharap agar perjalanan hidup aku di sekolah ini semuanya selamat..Seminggu aku di sini utk menjalani proses rancangan organisasi sekolah..banyak perkara yg aku belajar dari proses tersebut. Aku perhatikan mcm2 ragam yg ada dlm alam pekerjaan ni...aku blh hadapi ke suatu hari nanti...insyaallah..i can't do it...ceeewaaahhhh...speaking beb!!!!...tp yg penting perhidmatan perguruan x sama dgn profession2 yg lain di luar sana.. bidang perguruan adalah pekerjaan yg sgt mencabar...knp aku ckp cm tu sbb semua org ckp cm tu..hahahahha...
pening ???
mmg aku nk suruh kauorng pening pun... my answer is guru kena mengajar org2 yg x tau ape2...cuba bayang kn...bertapa sukarnye nk menagajr org yg x pandai ni....mcm bidang yg lain xpe la...berurusan dgn manusia2 yg berilmu...dan juga golongan2 yg ckup matang...mcm cikgu plak,hari2 kena mngadap muka pelajar2 yg br nk kenal erti kekhidupan...huhu..
panjang aku mengarang mcm nk buat esei plk....oklah...ttp cite pasal tu..hihi..semlam aku gaduh dgn seseorg...nk tau sapo?...blm tibe masanye aku nk publishkn...harap bersabar ye,kesnye kecik saja tp di sebabkn tahap kemarahan dan juga rasa ego masing2 maka tercetuslah perang dingin antara aku & dia...hihi tp akhirnya aku jgk yg mengalah..hihi..bkn di sebabkan aku tewas cuma aku x nk belajar menjadi wanita yg keras kepala bila brmhtangga nanti...yelah tu cikyah oiii!!!!.....kalu x kata cam tu,nk kate cm ne lagi kn...??sebenarnya bermula dr aku dl,jd aku kena menglah la...kalu dia yg mulakn...jgn harappppp laaa...bebbb!!!!!...lg pun aku kn dh famous dgn angin satu bdn..hihi.aku nk blah dl...aku kt bilik guru nie,nanti ada mate2 yg memandang tanpa aku sedari...haruuu biru aku nati...
ok..sayonara ..


muke sposen aku tayangkan kt sini...
sekadar hiburan semata2...huhu

~~m a w a r h u t a n~~

Tuesday

✿ h A p P y N e W y E a R ✿

Assalamualaikum....semua!!!!
Dah lame aku x mencorekkan kate2 kt blog aku nie..maklumlah bakal ahli politik kate kan...huhu..parti cap ayam.eh..eh..merapu entah kemana plk aku nie..sebelm aku meneruskan celoteh aku yg entah ape2 ni....aku nk ucapkan selamat menyambut thn baru kepada semua warga2 malaysia..maaflah sbb terlambat ye...i'm sorry..hihi.Sedar x sedar kite dh mask thn baru, so kenalah berazam br..hihi..ape azam br aku ek ?..entahlh aku pun x pasti lg..diary 2011 pun aku x beli lg..xpelah x penting semua tu.Cuma bile aku duduk sendirian...tibe2 rasa takut plk sbb umur semaking meningkat...hhwaaaaaaaa..x nkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!. ermmm..tp masa akn berlalu jua wlu bagaimana cara aku nk menghalangnya sekali pun..huhu..wlbagaimana pun hidup mesti HAAAAAPPPPPYYYYY !!!!!!..bak kate putri.
Seminggu lagi aku akn ke sekolah utk menjadi seorng guru pelatih,aku ditempatkan di sekolah menengah seksyen 19..kire2 5km dr rmh sewa aku ni..so xde la masalah pasal tmpt tinggal dan pengangkutan tp kalu ada mslah lain plk x tau la nanti....huhu..rezeki aku la tu agaknye dpt skolah yg dekat.Dalam 2 minggu ni aku ada pre-practicum dan ROS aje...penat gilaaaa wlupun ddk2 aje kt dlm dwn tp rasa mcm2...hhwaaaaaaaaaa....
ermmm...rindunye kt ank2 sdara aku....sabar ajelah hati,nanti jmp lg...hihihi...


ank sdara aku bertunang
24 december 2010

pelamin untk pertunangan ank sdara aku
ringkas tp cantik..
semuanya buat sndiri..

kwn aku kawin
1 january 2011..
cantik tarikhnya..

huhuhu...ni puding yg aku msk sblm blk s.alam..
puding ape aku pun x tau...janji sdp
huhu..!!!

xtvt masa pre-practicum kt dlm dwn
riuh rendah jdnye...

mcm2 ragam kwn2 aku nie..





sesi kutuk mengutuk..

ape2 pun yg penting sempat posinggg..
huhu...
gd luck 4 all myfriends....

~~m a w a r h u t a n ~~