Sunday

~~~...dengarlah suamiku~~

~~..tajuk : dengarlah suamiku...sejak bila plk aku dh ada suami....hahahaha,,nampok benor..~~Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.Wahai suami-suami yang dimuliakan.Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

~~m a w a r h u t a n~~

~~kau la nyawaku~~~

Wednesday

♫♫**lalalalalala....ooohhh...lalalalallala..**♫♫


Assalamualaikum...hihi..dah
lame x menjengguk laman blog aku ni...Minggu ni adalah minggu ke 9 sesi practicum aku.Tak sabar-sabar rasanya nk abiskan 12 minggu kt sekolah..hihi.bkn aku ada masalah dgn pihak sekolah pun...cuma rasa x puas bercuti aje..hahahaha...bertuah punya cikgu..ada ke cam tu plk kn..baru aje abis bercuti seminggu tp x puas2 lg.Sebut aje pasal cuti sekolah...teringat plk kt ank sdara aku yang baru melangsungkan perkahwinan awal minggu lps pd 14 march 2011...huhuhu..sekarang ni diorng dh pegi honeymoon kot...kt mane aku pun x pasti.Masa kenduri ari tu..meriah la jgk wlpun majlis x besar tp kiteorng happy dalam kepenatan..biasa la nama lg kenduri kendara..mesti la penatkn...hihi.setiap org mesti akn merasa kepenatan tuh...Kalu aku mmg sentiasa merasa la sebab dlm fmly aku aje yg blm kawin jd masa kenduri abg2 & kakak2 aku dl blh di katakan aku trgolong dlm golongan org2 yg sibuk la jgk wlupun sekadar pembancuh air..huhuhu.Aku kawin nti...mesti lg sibuk & penat ...maklum la aku kn xde adik,semestinya aku yg akn buat keje sendiri nti...xkn nk suruh kakak2 aku plk...kn..sgt x bersopan..hihi...
...sekarang ni aku baru lepas sarapan + lunch..hihi..

jimat weiiii !!!....
..tgh pokai ni...huhu....ada sapa2 yg nk tolong aku ?????....huhuhu..gurau saja.Hari ni mentor aku terpaksa cancelkn appointments untuk cerap sesi PnP aku .Aku x tau nk cakap apa dan terpaksa terima semua keadaan sbb kita hanya merancang tp Tuhan yg tentukn...wlupun terpaksa tidur pkl 3 am td untuk prepare segala mcm bahan2 dan juga lesson plan tp aku sedar aku hanya guru pelatih...hihihi...Aku dh rasakan minggu dpn adalah minggu yg sangat kritikal untuk aku dan juga Dalila sebab byk perkara yang perlu kami uruskan sebelum tamatnya sesi practicum di sekolah men.keb seksyen 19...doakan aku ye..kwn2. Kt sini aku upload sedikit gambar aktiviti semasa bercuti minggu lps...

tumpang pelamin org..bila entah nk naik pelamin sendiri niee.....hihi

aku bersama ank sdara aku yg paling baru..
hujung thn ni..insyaallah dapat lg sorng...hihi.Dalam pic ni
tergambar rasa terkilan kt muka aku sbb x dpt pakai baju baru..
baju kurung yang aku tempah kt makcik aku x muat nk pakai sbb mek aku bg ukuran
saiz bdn aku masa umur 16 thn...skrng nk 26 thn...mana nk muat mek sayang oiiii....
ermmm...pasrah aje la...2 pasang plk tu.terpaksa la pakai baju yg dh ada....

antara koleksi gamabr perkahwinan ank sdara aku...mak sdaranya bila ...entah...hihi

30 minit selepas ijab & kabul...

~~m a w a r h u t a n~~

Saturday

✿..J a | a N - j A | a N k E K 0 m P l e K s K r A f..✿

Assalamualaikum...huhu..
lamenya la..aku x menulis kt blog ni..bkn sbk ape pun cuma rasa dh boring coz aku yg menulis aku jgk yg membaca...huhu.nk buat mcm mane kn....kite sbgai manusia ni xleh nk paksa2 org kn.
..oklah aku bkn nk cite pasal tu pun..hihi cuma nk share pengalaman aku siang td aje...hr ni aku & dalila ditugaskan untuk bawak student kiteorng pegi lawatan sambil belajar kt kompleks kraf ,jln conley kuala lumpur..pd pendapat aku la...diorang ni bknnya pegi lwatan sambil belajar tp lawatan sambil bershopping....maklum la,skrng nie ada pameran kraftangan kebangsaan 2011..jd banyak la gerai-gerai jualan kt sana...aku tgk bershopping sakan bdk2 tu td...bgaimana dgn aku ?...huhu..aku xde beli ape2 pun..skadar pantau-pantau pergerakan diorng aje.Awal-awal sampai...kami di pandu oleh pegawai yang bertugas pastu kami buat acara sendiri la....tp masa lawatan tu aku & dalila bekalkan bdk2 tu dgn beberapa soalan...tp harammm diorng jwb..ada brape helai aje yg hantar kt aku td...ermmm...wlau apa2 pun objetif lawatan yg kiteorng handle ni tercapai sbb pelajar2 dpt tahu pelbagai jenis kraftagn & ada yg cuba untk membuatnya sendiri.Aku rasa bangga la jgk coz dpt handle pelajar seramai 41 orng td....diorng mmg x bermasalah pun maybe sbb semua dh besar2 panjang...huhu.Aku ada ambik byk la jgk gambar2 masa kt sana td...tp yg aku upload kt blog ni hanya gambar2 aku aje..nk tgk yg lain terpaksa la bukak facebook aku ye...

pelajar-pelajar aku yg menyertai lawatan td..

aku & Dalila...tq Dila coz jd member baik aku..

jgn jelessss....cikgu2 di beri souvenirs dr pihak kompels kraf

nk beli rasanya x berbaloi dgn harga..jd dpt ambik gambar sudah laa..

cantik x ?...buat hiasan dinding mmg lawa nie..

makcik...tumpang duduk kejap blh x..penat la..hihi

peaceeeee....!!!!

comey molek...bangku nie....hissyyyyyss..
ada rmh sndiri nti...kena beli ni.letak kt laman...huhhh...lawa bebbb...!!!

huhu...aku di samping katil idaman...

huhuhu...lentok molek..maklumlah..curi2 duduk

aku rendah @ diorng yg terlalu tinggi ?...huhu

ermmmm...layannnzzz


~~m a w a r h u t a n~~