Friday

kenanganku

kenangan bersama dia..
kembali lagi..
membawa aku terbang jauh..
mengimbau saat-saat manis ketika bersama dia..
di mana aku tersenyum,gembira,bahagia..
menjalani kasih sayang antara dua jiwa..
di saat itu juga..
aku mengenal erti cinta ..
dan ingin saja aku membawa..
jasad ini kembali ke sana..

kenangan bersama dia...
aku semat kukuh di sudut hati..
tapi aku tidak pasti adakah ia kekal abadi..
kerana aku takut..aku takut ianya terkubur di sanubari.
hanya kenangan indah bersama dia..
yang menjadi teman lenaku..
aku berharap ianya bukan kenangan..
yang hanya membawa kebahagian palsu buatku..
dan jua menyiksa jiwa yang merindu...

aku buntu kerana dia..
patutkah aku membuang dia
di celahan rinbunan memori indah..
ingin saja aku membuang semua kenangan bersama dia..
tapi aku tidak berdaya..
kerana dia mengajar..
aku erti kasih sayang dan juga cinta....

~~m a w a r h u t a n ~~

No comments:

Post a Comment