Friday

♥♥♥...sTaTuSku SuDaH bErUbah...♥♥♥

Yieeehaaaaaaaaa……Assalamualikum semua rakyat Malaysia..huhuhuhu..
gelak dulu beb …hahaha.Agak lame rasanye aku tak mengemaskini cerite2 gile aku dalam blog usang aku nie…huhu.Bukannye aku tak ada masa nak menulis isu2 semasa dalam ni,bile aku fikir2 balik berbaloi ke aku buat semua ni ????...ada ke orang yang baca story mory aku ni ek ??....lantak ah..ada orang baca ke tidak yang penting aku dapat memuaskan hati aku sendiri…ko guano demo kato ?..huhu.Sudah hampir 3 bulan aku telah bertukar status diri…wakawakawaka…dari Cik Hidayah kepada Puan Hidayah.Aku tidak mahu ulas panjang tentang majlis perkahwinan aku dulu..semuanye aku buat simple2 sahaja,maklumlah masa tu kami2 semua sibuk dengan hari Raya Aidilfitri…Walaupun simple2 saja tapi aku berpuas hati dengan kemeriahannya.Okey,aku nk cerita sikit pasal hari perkahwinan aku tu sikit ye..Majlis aku berlangsung pada malam 22 Ogos 2012.Dalam perbincangan  antara keluarga aku dengan keluarga bakal suami aku pada bulan Jun dulu telah di tetapkan pada 23 Ogos 2012 bersamaan pada 5 Syawal 1433H,tarikh tersebut adalah untuk tarikh persandingan @ lebih dikenali oleh masyarakat Kelantan ialah hari “Bekwoh” …okey,sehari sebelum hari bekwoh berlangsung keluarga aku mengadakan majlis AKAD NIKAH pada malam tersebut.Majlis tersebut berjalan seperti biasa walaupun ada sedikit kelam kabut disebabkan oleh aku sendiri..hahahaha..tak adalah masalah besar pun cuma aku aje yang cuai dan juga keras kepala…huhu.Seperti yang kite tau bile Kadi nak mulakan majlis tersebut mesti dia nk semua dokumen2 lengkap tp masa tu aku pulak yang buat spoil tertinggal gambar passport,apa lg kelam kabut la org lain especially abg2 aku..huhu,siap kena marah2 lagi..majlis akad nikah tu berlangsung kat Masjid Mukim Pantai Senak,Tawang…nasib baik ada abang aku yang sorang lagi tak datang kt majlis tu sbb dia kena uruskan tetamu untuk solat hajat kat rumah..so dengan teknologi yang ada kiteorng call dia suruh hantar gambar aku tu..huhu..TQ MyBro…Roslan Zakaria..Perasaan lega yang tak terkata masa tue..huhu..maklum laaa nk kawin nieeee…huhuhu..walaupun kena marah sikit2 sbb cuai aku buat tak tau aje…family aku semua dah tau aku ni jenis yang cam ne..kaki cuai & selambe rock..huhu.Berbalik kepada majlis aku td..Syukur,selamat tanpa apa2 masalah dari Suami aku..cehcehcehcehceh…dah ada suami bebbbbb !!!!….suke tp takut…huhu.Pasal Kadi pun aku sangat berpuas hati sbb Kadi kt kampong aku tu sangat spotting..huhu..dia tak tanye pun soalan2 keagamaan Cuma dia suruh suami aku Mengucap Dua Kalimah Syahadah aje…yang dia tanye lebih pasal hubungan kami aje…kt mana jumpa.dia nk kawin dengan awak ke, awak nk kawin dengan dia ke…haha..kelakar plak soalan Kadi tu,macam dia ayah aku pulak.Biasanya masa majlis akad nikah orang lelaki sangat risau sbb takut di soal macam2 dengan Kadi tp untuk majlis aku xde pulak mcm tu.Aku sangat x setuju jika Kadi tanye soalan yang dapat mengaibkan orang..faham2 sajalah masa tengah berdebar nk jawab nikah orang tanye macam2 pulak..mahu x berterabur nk menjawabnye,tambah2 pulak orang yang jenis darah gemuruh..name dia sendiri pun dia boleh lupa kot apatah lagi benda2 lain..sekarangkan kite kena kursus kawin dulu.Masa kat kursus tu la masa yang sesuai untuk bertanyekan soalan2 sensitif macam tu …betul tak ?..tp aku tak tau la dengan pendapat kauorang semua.Tak kisahlah apa2 pun..yang penting aku dah jadi bini suami aku..huhu..Terima kasih Pak Imam..hihihi…sbb memudahkan proses berlangsung malam tue.Bak nikah dah selesai , majlis sarung cincin pun aku buat simple2 aje…buat yang termampu.Pada keesokkan harinye pulak, berlangsunglah, hari persandinganku..dengan laki aku laaa…x kan dengan plk kn Khairul Fahmi (Apek )…huhu.Aku memilih tema biru muda dan pink muda untuk majlis aku…aku kan gile warna2 pastel…like2 gile2 nie…muahhh!!...tambah2 biru dan pink…huhu.Aku perhatikan xde orang buat lagi warna tema mcm ni sbb tu aku pilih warna2 tu…aku kn suke buat benda yang orang lain x buat lg..huhu..tu aje yang aku mampu.Aku gunakan semuanye warna biru muda dan pink muda dari pelamin,hiasan hantaran ,canopy,bilik pengatin,tampat makan beradap dan termasuklah siso @ orang k.l panggil door gift kalu x silap ak rrrr..huhu.Syukur Alhamdulillah…pemilihan warna tema ni dapat sokongan dari kakak..maksudnye tiada bantahan dari sesiapa…huhu.Aku yang nak kawin kn…so kena ikut apa yang aku nk  laaa…kn..huhu.Dalam membuat persiapan untuk majlis tu…kakak aku Rashidah Zakaria yang banyak berhabis duit dah tenaga dari awal lg…dua bulan sebelum majlis lagi kakak aku dah sibuk buatkan persiapan untuk hantaran , langsir dan bunga telor..tu cerita dua bulan sebelum dan pada hari majlis berlangsung kakak aku sampai tak tukar baju kurung…dengan seluar panjang dan bloausnye dari pagi sampai petang…mmg sah x sempat nk mandi dan melawa2 la…kesian pulak aku tgk dia petang hr kenduri tu…tergolek dalam bilik masa orang sibuk dok bergambar..mahu x tergolek,satu malam dia & abg ipar aku a.k.a laki dia la..x tidur malam gara2 nk siapkan bilik pengatin…Kepada kakak aku tu a.k.a tapai name glamer dia…dan juga abang ipar aku yang gelap2 sikit tu..huhu..aku ucapkan jutaan terima kasih kerana telah menyempurnakan majlis perkahwinan aku..sanggup bersusah payah demi aku...aku tau kourang sayang aku kn.????..…huhuhu…aku ingat lagi kakak aku  penah cakap masa aku kt alor star dulu…”pat..nanti mu nikoh,aku buat majlis mu elok2 bagi sempurna biar x jadi mcm majlis nikoh aku dulu “….aku ingat lg ayat dia dulu…aku faham maksudnye sbb masa dia kawin dulu semuanye kena control…nk beli barang2 yang elok2 dan cantik pun x boleh sbb semuanye orang lain yang control…maklumlah kami kan adik..huhu..itu cerita 12 thn yg lepas yea..Tak lupa jugak ribuan terima kasih kepada kakak2 ku yang lain dan jugak abg2ku especially abg aku yang duduk kt Serawak…sanggup berhabis duit belikan tiket untuk sekeluarga gara2 nk balik masa kenduri aku,pada hal masa tu tiket flight sgt mahal…Kepada abg aku Roslan Zakaria yang x berapa segak tu..huhu…terima kasih banyak2 yea….aku tau kau pun sayang aku jgk kannnn…hahahaha.Tak lupe jgk kepada abang2 aku , kakak2 & ipar duai aku yang lain kerana dah banyak menolong dalam menjayakan majlis aku.. Selesai sudah majlis sebelah aku dan  untuk majlis sebelah laki aku pulak, kenduri kecil-kecilan saja memandangkan laki aku sudah tidak punye mak & ayah…ermmm….(xde rezeki aku untuk punya mak & ayah mertua tp x mengapa sbb aku punye ramai ipar2 yang sangat mengambil berat dan spotting ).... dan memandang aku ni brkawin dgn en.Dude jadi majlis bertandang tidak perlu besar2ran pun…kan..hihi,sekadar simple2 tp meriah. 


Semoga Jodoh Kami kekal berpanjangan hingga ke Syurga

~ m a w a r h u t a n ~

No comments:

Post a Comment